Friday 10 May 2013

MENANGIS


Assalamualaikum n Selamat malam...
malam nie zati nak cite sal menangis...
first of All, Kenapa kita menangis? n Apa yang membuatkan kita menangis?

Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur" (http://ms.wikipedia.org/wiki/Menangis)

5 punca utama mengapa perempuan menangis:

Manipulasi- Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas- Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan- Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori- Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang palingkompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

okey...pas nie kwn2 da ley taw da kenapa sebenarnya perempuan nie mudah menangis...
hehehehe~
Selamat membaca :)
gud nite n Assalamualaikum...
nurulizzati


'
'bibir tersenyum Hati menangis "

No comments:

Post a Comment